College Life: Intensif Bahasa Inggeris (IBI) Part 3

Alhamdullilah sempat lagi Aira menulis untuk kali ini.
Terlepas Part 2? Klik sini !
Mesti ramai dah bosan sebab Aira asyik cerita pasal program IBI je kan.
Maklumlah ini sahaja cerita yang Aira ada.
Minggu ini agak sibuk juga sebab Aira ada konsert Ice Breaking!
Walaupun kumpulan Aira dapat hadiah saguhati sahaja tapi bersyukur sebab semua dah selesai.
Aira dan rakan sekelas Aira; Izzul ditugaskan untuk menjadi MC bagi konsert tu. Walaupun gemuruh tapi akhirnya dah boleh adapt dengan suasana konsert tu.
Habis sahaja konsert tu terus celebrate dekat City Park. Tahniah kepada kumpulan kelas Aira yang menang tempat pertama dan ketiga. Aira pula dapat anugerah Inspirational Life Motto. Walaupun life motto Aira kena reject pada mulanya dan Aira terpaksa cari ganti tetapi Rupanya ada hikmah disebaliknya. Allah maha besar.
Rutin harian Aira tak banyak sangat.
Malam-malam mesti pergi mengeteh dengan kawan-kawan sekelas.
Lepas tu, hari sabtu pergi berjogging di City Park. Hehe, Aira jogging satu pusingan then terus main game kat phone.
So far Aira bersyukur sebab Kawan-kawan sekelas Aira semua baik-baik dan rakan-rakan sebilik lagilah menggila je kerjanya.
Minggu ni start sibuk lagi sebab dah mula latihan untuk drama.
Aira dapat drama yang bertajuk; Superman: The Beginning
Masalahnya ahli kumpulan baru Aira semuanya perempuan. Kesian kan...
Oh ye kelmarin kawan-kawan celebrate Aira dapat tawaran sambung belajar ke UniKL...Alhamdullilah.
Terima kasih Izzul sebab belanja Aiskrim pasu dan roti Naan ye.
Itu sahaja entri kali ini.
Aira dah sertakan sekali gambar untuk aktiviti minggu ini.
Nanti Aira sambung dengan part 4..
Eh mesti semua dah termuntah bila baca kan. Bosan...
Maaflah tak sekreatif mana.
May Allah ease everything.

★ Don't shy to comment or like this entry ★

0 000 Readers:

 
Copyright © 2011 - 2016 reserved to Aira Amir