Gallerian Part 1


Hari ini Aira nak kongsikan cerita berkenaan tugasan kedua Aira sebagai pengawas galeri di SABS.
Tugasan pertama Aira menyambut seorang bekas pelajar SABS yang telah merasmi program
NILAM pada bulan lepas.
Tugasan kedua pula Aira ditugaskan untuk menyambut lawatan dari sebuah sekolah cemerlang
di Terengganu.
Satu pengalaman yang menyeronokkan kerana Aira ditugaskan di ruangan barangan antik.
Walaupun Aira tidak berapa tahu berkenaan barangan antik namun nasib Aira sungguh baik  kerana Aira
berjaya menjalankan tugas Aira.
Kebanyakan pertanyaan yang diujarkan kepada Aira adalah berkenaan dengan diri Aira 
bukannya barangan di galeri itu.
Aira sampai terfikir yang kitaorang ni macam barang pameran saja sebab
kebanyakan guru yang datang dari Terengganu meminta kami menceritakan tentang
diri kami dan bukannya barang pameran di galeri itu.
Yang lucunya sempat lagi kami bergambar sementara menunggu pelawat tu sampai...
Yang cuaknya apabila tiba-tiba sahaja cikgu penasihat kami masuk dan suruh kami bersiap sedia..
Punyalah kelam kabut waktu tu sampai rasa nak pengsan je..
Apa yang Aira dapat hari itu adalah
 memori yang sangat berharga...

#Sepanjang bulan ni Aira ada peperiksaan pertengahan tahun, doakan Aira ye :)
Sejarah kertas 3 merupakan satu benda baru bagi Aira sebab tu Aira sedih
juga sebab tak tahu nak jawab macam mana...
Tapi, akhirnya Aira berjaya juga dalam cubaan menjawab kertas tu.


★ Don't shy to comment or like this entry ★

0 000 Readers:

 
Copyright © 2011 - 2016 reserved to Aira Amir